Saturday 25 June 2011

BENGKAK TUGUNG (GONDONG) BEGUK


Sejenis penyakit ini yang menyebabkan bengkak pipi atau lainnya.Penyakit ini biasanya dihidapi oleh kanak-kanak yang berumur 10 tahun.

TANDA-TANDA DIHINGGAPINYA
  1. Rasa tidak sihat.
  2. Demam
  3. Sakit di kawasan pipi bawah berhampiran telinga.
  4. Sakit tekak.
  5. Diikuti oleh bengkak di bahagian pipi.Bengkaknya selama 3 hari dan akan surut setelah seminggu.
  6. Bengkak ini menyebabkan susah makan,menelan dan bercakap.
UBAT
Ambilkan cuka,bubuhkan nilai ke dalamnya,ratakan lalu dilumurkan ke tempat yang sedang membengkak.

UBAT PENYAKIT BUSUNG


  1. Ambil kacang lohor bersama daunnya setakat yang anda mahu atau 3 genggam.
  2. 2 ekor burung puyuh padang / kampung yang sudah disembelih.Kemudian kedua-duanya direbus jadikannya sebagai sayur,lalu diberi makan pada si pesakit.Lakukanlah beberapa kali.Insya'Allah akan sembuh.

BENGKAK-BENGKAK WAKTU HAMIL


Pada biasanya doktor menyuruh pesakit mengurangkan penggunaan garam.Ambil kacang cambah (taugeh) bersihkan kemudian bubuh ke dalam kuali/periuk (celur),bubuh 1 gelas air panas ke dalamnya.Apabila airnya sudah kurang panas hangat-hangat kuku minumlah.Ulang beberapa kali sehingga kaki menjadi surut.

BENJOL TERKENA BATU / JATUH


Ambil asam jawa atau sebarang asam,bubuh garam secukupnya dan sedikit air.Kemudian lumurkan ke tempat tersebut.Insya'Allah dalam masa 15 minit akan segera sembuh dan hilang sama sekali.

BISUL


Ambil kepala ikan keli (lele) kemudian bakar sampai hangus dan tumbuk sehingga hancur.Selepas itu campurkannya dengan air pinang atau minyak kelapa (minyak benar) lalu dilumurkan ke bahagian kepala yang sakit itu.

Friday 24 June 2011

UBAT MENGHILANGKAN TANDA-TANDA AWAL BISUL


Bila badan anda ditumbuhi bisul-bisul yang baru bermula,gosokkanlah dengan bawang putih,Insya'Allah ia akan hilang

ATAU...

Telan 1 biji buah kadak hancing (warna kuning) yang biasanya tumbuh di ladang getah,akan sembuh selamanya.

BISUL KEPALA


Ambil 5 duri pokok kabu asahkan bersama air sehingga air pekat,kemudian bubuhkan ke tempat bisul atau
kenan tersebut,buatlah sehingga beberapa kali.

BATUK (SUARA SERAK / KAHAK PEKAT)


Ambil bawang besar 2 biji,bungkuskan kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin sehingga hancur,kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 3 sudu besar,minumlah 2 kali sehari.Buatlah 2 hari berturut-turut.

BATUK BIASA


Ambil daun lidah buaya,ambil isi di dalamnya.Hiris halus-halus sebanyak 20 gram.Kemudian siramkan madu asli ke atasnya sebanyak 40cc.Manakala 2 kali sehari.Buatlah selama seminggu.

BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK



Batuk yang tidak mahu berhenti-henti yang biasanya berlaku pada kanak-kanak.

Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut.Disebabkan air ini terlalu pahit,kahak-kahak akan keluar.Buatlah berulang kali jika perlu.

UBAT BATUK MUJARAB (AJAIB)
Bila anda batuk waktu malam,lakukan yoga pernafasan:Tarik nafas melalaui hidung sedalam-dalamnya dan seperlahan mungkin,kemudian tahanlah udara itu di dalam paru-paru selama yang boleh (tetapi jangan paksa) lalu keluarkan dengan cara yang sama (perlahan) disertai suara melalui hidung.Semasa melakukannya hendaklah mulut sentiasa tertutup dan ditempat yang bersih.Di dalam masa 15 minit rasa-rasa gatal akan hilang dari tekak anda.

ATAU...

Makanlah buah kudu yang sudah masak dengan garam,di dalam masa yang tidak lama gatal-gatal,serak dan batuk akan hilang.

Tuesday 21 June 2011

BATUK BIASA (BRONKITIS)


Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari,garam sedikit kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya.Sesudah 5 minit rasa gatal akan hilang.


Pokok Cikur atau Cekur

TANDA-TANDA PENYAKIT INI
  1. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak
  2. Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas
  3. Keadaan batuk (Bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.
CARA-CARA MENGELAK PENYAKIT INI
  1. Bernafaslah diudara yang segar dan bersih
  2. Asap rokok khususnya adalah gangguan yang paling utama bagi pengidap penyakit ini
  3. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain.

BATUK SERATUS HARI


Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwana putih (bukan warna ungu) asahkan pada buntut pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya.


Minumlah air tersebut 2 kali sehari,Insya'Allah dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.


Pokok Kemunting Cina

BUASIR


Ambil satu perdu (satu pokok termasuk akar,daun dan buah) pokok berlimbing tanah atau belimbing bukit (bukan belimbing buluh) rebuskannya sehingga mendidih.Minumlah air tersebut 2 kali sehari.Insya'Allah dalam dua hari akan segera sembuh.


Air tersebut juga boleh mengubati darah tinggi,kencing manis,buah pingang dan lemah jangtung.


Pokok Belimbing tanah atau bukit

UBAT TAMBAH DARAH


  1. Makanlah sayur pucuk niding.
  2. Makanlah sayur bayam merah.

Sunday 19 June 2011

UBAT GUSI BERDARAH


Ambil beberapa helai daun bacang dan masukan ke dalam periuk berisi air,campurkan dengan beberapa helai daun inai.Kemudian rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhkan sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa.Setelah airnya suam bubuhkan ke dalam mulut dan biarkan selama 3 minit,lalu berkumur-kumur.Buatlah dua kali sehari,pagi dan malam lakukan selama 3 hari berturut-turut

BARAH GIGI / GUSI


Ambil akar pokok penar,akar pokok mata ayam dan akar pokok cap perdik,asahkan kesemuanya bersama kemenyan,lalu bubuhkan/lumurkan kebahagian siratan gigi yang membengkak dan buat berkumur-kumur (jangan ditelan airnya).

BARAH RAHIM


Ambil pohon benalu teh yang tumbuh di dataran tanah tinggi yang setinggi 750 meter dari permukaan laut.

CARANYA
Rebuslah dan minumlah airnya,amalkan selama 3 bulan.Kalau kurang yakin,setelah 3 bulan berbuat demikian silalah berjumpa dengan doktor,apa mereka kata?.

ATAU...,

Ambil getah gambir (gamber),getah keladi gatal,air asahan akar pokok melor susun dan akar melor biasa juga air/buih gumpalan pokok pegaga besi,pegaga biasa dan air asahan kemenyan putih.Semua bahan-bahan tersebut dicampur dan diratakan lalu dilumurkan ke rahim melalui lubang faraj.

MENGUBATI PENYAKIT BARAH DARAH (LEUKEMIA)



Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastina dan vinkristina yang boleh mengubati barah darah.Ambil 20 gram kemunting cina (bunga warna putih atau merah) yang sudah dijemur kering lalu direbuskan,setelah airnya dingin minumlah.Minumlah 2 kali sehari dan lakukan sedemikian sehingga sembuh.

BARAH DARAH


Sentiasa makan sayur petola atau labu.

Saturday 18 June 2011

KEMALUAN ATAU SEBAGAINYA (IMPROSTATE) BARAH DAGING


Ambil :
  1. Akar pokok delima
  2. Akar pokok inai
  3. Akar rumput kepala lalat
  4. Akar rumput lalang laut
Kesemua akar-akar tersebut direbus sehingga tinggal airnya setengah cerek/periuk.Setelah dingin minumlah airnya 2 kali sehari.Lakukan sedemikian 2 kali seminggu.

ATAU

Ambil :
  1. Akar pokok mata ayam
  2. Akar pokok cenerai
  3. Akar pokok larak merah
  4. Akar pokok belimbing buluh
  5. Kulit akar pokok sengkuang
  6. Akar pokok kedudut
  7. Akar pokok tapa besi
Kesemuanya dicampur dan direbus sampai mendidih,setelah mendidih diminum 2 kali sehari.Lakukan beberapa hari.Bagi penyakit BENGKAK PARU-PARU ditambahkan lagi :

    8.  Akar pokok melada pahit

BARAH DAGING

Ambil getah pokok pulai (bunganya warna putih) dan bubuhkan ke tempat yang terlibat (kulitnya).Buatlah beberapa kali sehingga hilang.

BARAH


Ia di antara penyakit-penyakit yang paling berbahaya.Barah adalah disebabkan oleh sel-sel yang tumbuh dan membahagi tanpa henti.Penyakit ini biasanya menyerang orang dewasa berumur 30 tahun ke atas.

PUNCA-PUNCA TERJADI BARAH
  1. Terkena pancaran sinar lampu ungu,sinar X,bahan kimia dan virus.
  2. Disebabkan oleh beberapa jenis ubatan dan hormon
ANTARA TANDA-TANDA DISERANG PENYAKIT BARAH
  1. Berlakunya perubahan kebiasaan membuang air besar dan kecil
  2. Kerosakan pada bahagian tubuh akibat dari luka yang tidak sembuh
  3. Pendarahan yang tidak normal
  4. Keluarnya cecair daripada salah satu lubang hidung,telinga dan kemaluan
  5. Kurangnya nafsu makan
  6. Terdapatnya bengkak/kebonjolan pada badan terutamanya buah dada,kulit dan bahagian-bahagian lain
  7. Berlakunya perubahan tabiat
  8. Suara serak dan batuk yang berterusan

BENGKAK-BENGKAK MERAH DI BADAN / TERKENA ULAT


Bengkak-bengkak tersebut disebabkan oleh ulat,serangga atau sebagainya.Ambil sepotong kunyit,kemudian parutkannya bubuhkan kapur sireh dan air,panaskan ramuan tersebut di atas api dan apabila sudah sejuk bubuhlah di tempat yang bengkak,Insya'Allah dalam masa 5 minit akan sembuh.

BERNANAH JARI DISEBABKAN JARUM / DURI / TULANG IKAN



Ambil 3 sulur bawang merah,lalu ditumbuk jangan terlampau lumat kemudian bubuh satu sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang,kemudian dipanaskan di atas api.Apabila sudah agak panas tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari Insya'Allah dalam 3 hari akan sembuh.

Friday 17 June 2011

ANAEMIA (KURANG DARAH MERAH)


Bagaimana untuk merawatnya.Tanda-tanda dihinggapi oleh penyakit ini :
  1. Badan menjadi sangat lemah
  2. Pucat dan pening kepala
  3. Selalu mengantuk
  4. Mudah terkena penyakit
  5. Badan terlalu kurus
CARA MERAWATNYA
Ambil 3 kerat lempoyang,dibasuh lalu diparut atau ditumbuk sehingga halus (jangan kupas kulitnya,kerana ia banyak mengandungi hormon) lalu direbus dengan air sebanyak 3 gelas dan bubuh gula Jawa secukupnya,biarkan ia mendidih sehingga tinggal 1 gelas.Setelah dingin minumlah sebaik-baiknya sebelum tidur.Buatlah beberapa kali,dalam 3 bulan anda akan sembuh.

Pokok Lempoyang(seperti daun halia)


ATAU


Ambil daun bayam,ramas-ramaslah sehingga lembik,perah dan ambil airnya lalu dicampurkan dengan sebiji telur ayam dan digoncangkan sehingga merata,kemudian bubuhlah madu asli ke dalamnya dan kacaukan lalu diminum.Lakukan 1 kali sehari.

ASMA BAGI KANAK-KANAK

Jika sudah sampai ke tahap darurat ambil hati keluang dan digoreng,buatlah selama 3 kali.Insya'Allah dalam masa 1 bulan penyakit ini akan sembuh.

ALAHAN MENGANDUNG

Ambil pokok beka,kikis buangkan kulit arinya,kemudian tumbuk dan perah lalu ambil airnya kemudian minumlah.Kalau kurang mujarab campurkan dengan daun gading.

UBAT PEREMPUAN HAMIL KETIKA MUDA
Biasanya ia menjadi lesu dan pening kepala.Ambil 1 batang serai,1 potong kayu manis kira-kira 4cm. 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya.Masukan semua bahan itu ke dalam gelas,kemudian bubuh air mendidih ke dalamnya.Setelah sejuk dingin minumlah,seelok-eloknya sebelum tidur.

KEPERLUAN MAKANAN BAGI WANITA HAMIL
Wanita yang hamil amat memerlukan makanan yang mengandungi zat yang cukup seta sempurna.Ibu- ibu yang mengandung dilarang makan terlalu banyak kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.Bahan-bahan makanan yang perlu diamalkan oleh perempuan hamil setiap hari :

  1. Daging atau ikan terlebih baik jika hati,jantung dan sebagainya
  2. Telur sekurang-kurangnya 1 biji 1 hari
  3. Nasi atau roti,beras berwana merah adalah lebih baik
  4. Menjerin atau keju
  5. Buah-buahan dan sayuran seperti bayam,serai,ulam dan sebagainya

AIDS


Penyakit ini ialah sejenis virus yang diberi nama HTL V-lll.Dalam penayakit AIDS,sel Limfosit darah putih akan dimusnahkan oleh virus AIDS. 

Tanda-tanda awal ditimpa penyakit ini :
  1. Demam
  2. Berpeluh di waktu malam
  3. Badan menjadi lemah
  4. Berlaku cirit-birit
  5. Berat badan menurun dengan cepatnya
  6. Mudah menjadi lupa
  7. Bengkak di bahagian limpa
  8. Akhirnya menjadi sawan dan sesak nafas
UBAT PENYAKIT AIDS
Minumlah air rebusan akar pokok kemboja.
ATAU

Minumlah air perahan atau rebusan akar pokok tembikai
 

Thursday 16 June 2011

AIR PANAS/API/MINYAK PANAS

Apabila terkena air panas atau minyak masak.
Ubat yang paling mustajab :-
Asahkan kulit kura-kura dengan air kemudian bubuhkan ke tempat yang terbakar itu.


ATAU


Ambil madu asli dan bubuhkan ke tempat yang terlibat.


ATAU


Ambil susu hidup atau susu pekat kemudian bubuh ke tempat yang terlibat.


ATAU


Bubuhkan mana-mana ubat gigi ke tempat yang terkena panas atau api atau minyak.


ATAU


Ambil telur putih dan lumurkan ke tempat yang sakit.

Wednesday 15 June 2011

Pembuka Bicara..

PENDAHULUAN



Segala puji bagi Allah yang memerintah sekalian alam,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Disebabkan keperluan masyarakat Islam di Malaysia kini terlalu berhajatkan kepada ubat-ubatan tradisi untuk santapan umum..Bukan lagi ilmu rahsia bagi sesetengah bomoh...ilmu ini saya kongsikan melalui pembelian buku yang saya beli iaitu ubat-ubatan tradisional melayu dimana diterbitkan oleh DARUL NU'MAN..buku ini di susun oleh AZHARI IBRAHIM (B.A. AL-Azhar & Dip. Pend. Ain Syams)..Apa yang ada di dalam buku ini,ingin saya kongsikan kepada semua masyarakat mengenai perubatan tradisional melayu iaitu nenek-moyang kita terdahulu yang semakin luput di telan zaman..Masyarakat Melayu penuh dengan rahsi perubatan sejak turun-temurun,rahsia ini perlu dikongsikan untuk generasi seterusnya..Dengan pengkongsian dalam buku ini,semoga dapat memberi manfaat kepada umat Islam sekalian.Untuk mengenali dan mendapatkan ubat-ubatan tanyalah orang-orang tua kita,mereka tetap tahu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More